Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dibuka Mulai 27 Disember 2018

Urusan kenaikan pangkat pegawai Perkhidmatan pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana (APK) secara time-based berasaskan kecemerlangan (TBKK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi bulan Januari hingga Jun 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.
Tarikh
Tempoh
Keterangan
1.
27 Disember 2018 (Khamis)
hingga
24 Januari 2019 (Khamis)
29 Hari
  • Tempoh PERMOHONAN DIBUKA kepada CALON
  • Tarikh tutup pada 24 Januari 2019 (sebelum jam 11.59 malam)
    Nota : Sebarang usaha untuk membuat permohonan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan
2.
25 Januari 2019 (Jumaat)
hingga
22 Februari 2019 (Jumaat)
29 Hari
  • Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada JPN/Bahagian
  • Tarikh tutup pada 22 Februari 2019 (sebelum jam 11.59 malam)
    Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan
3.
23 Februari 2019 (Sabtu)
hingga
18 Mac 2019 (Isnin)

24 Hari
  • Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM (Penyedia / Penyemak / Pengesah) kepada BPSM, KPM
  • Tarikh tutup pada 18 Mac 2019 (sebelum jam 11.59 malam)
    Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

Urusan ini terbuka kepada :

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2019;

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2019; dan

(c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2019 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA); dan

(d) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2019.

3. Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah PERAKUAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING – MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4. Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 27 DISEMBER 2018 secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

5. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

(a) Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);

(b) Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan (catatan : CSG dan/atau CTG boleh menjejaskan kekananan kecuali Cuti Belajar);

(c) Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;

(d) Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;

(e) Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

(f) Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Sebab Atau Tanpa Kelulusan/Kebenaran Ketua Jabatan dan tindakan potongan emolumen yang telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 ; dan

(g) Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

5. Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DIPERAKU dalam mana – mana urusan pemangkuan / kenaikan pangkat GRED YANG SAMA sebelum ini diperakukan dalam urusan TBBK. Ketua Jabatan juga perlu memastikan maklumat yang dikemukakan adalah LENGKAP, JELAS DAN MUDAH DIBACA SERTA TERATUR SAMA SEPERTI DALAM BPK. Kecuaian dalam memperakukan semula calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan.

Sumber: https://epangkat.moe.gov.my/login.php

Leave a Reply

Your email address will not be published.