Tawaran Biasiswa Oleh Vietnam Maritime University

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal www.moe.gov.my menyatakan bahawa KPM telah menerima tawaran biasiswa daripada International School of Education (ISE), Viet Nam Maritime University (VMU) melalui pihak Kedutaan Besar Malaysia di Viet Nam.

Tawaran biasiswa ini ditawarkan di peringkat ijazah sarjana muda sesi 2019/2020 kepada pelajar Malaysia bagi tempoh empat (4) tahun seperti butiran berikut:

  • 100% tajaan biasiswa (yuran pengajian dan kolej kediaman) bagi 2 pelajar;
  • 50% tajaan biasiswa (yuran pengajian) bagi 2 pelajar; dan
  • 30% tajaan biasiswa (yuran pengajian) adalah tidak terhad.

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di bawah biasiswa ini adalah:

  • Global Studies and Maritime Affairs (GMA);
  • International Business and Logistics (IBL); and
  • Business Management and Marketing (BMM)

Borang permohonan tajaan biasiswa yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara softcopy melalui emel kepada trang.ise@vimaru.edu.vn atau hardcopy ke alamat ISE, VMU: International Relations Division of International School of Education, Nha A5, Truong Dai Hoc Hang Hai Viet Nam, 484 Lach Tray, Le Chan, Hai Phong, Viet Nam.

Tarikh tutup permohoanan adalah sebelum atau pada 30 Julai 2019. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa tersebut boleh diajukan kepada pegawai daripada Bahagian Antarabangsa, VMU seperti butiran berikut:

Nama : Ms. Trang

Emel : trang.ise@vimaru.edu.vn

Telefon : +84-2253261999 / +84-934661104

Laman web : http://eng.vimaru.edu.vn/

Muat turun borang permohonan di SINI

Sumber: KPM

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Don`t copy text!