Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)

Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Tahun 2020 akan dibuka mulai 3 Jun hingga 16 Ogos 2019. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 30 Ogos 2019

NPQEL berfungsi untuk memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua / Guru Besar (PGB) mulai 2014.

Di samping itu juga, NPQEL melaksanakan pakej kerjaya PGB yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.

Pegawai yang berkelayakan untuk memohon NPQEL ini bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman web NPQEL MPPS untuk keterangan lanjut.

Muat turun fail di bawah
Syarat permohonan
Manual pengguna
Manual memuat naik borang kesihatan dan gambar

Semoga perkongsian tentang Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) memberi infomasi kepada pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon NPQEL ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Don`t copy text!