Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM 2020


Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM 2020. Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2019 Hingga 30 April 2019.

Permohonan ke prasekolah KPM secara online bertujuan memudahkan ibubapa membuat pendaftaran anak mereka. Permohonan secara manual juga boleh dilakukan melalui sekolah mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019.


Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020



  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja

  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk memohon.

Tarikh Buka Permohonan Prasekolah 2020


Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2019 Hingga 30 April 2019. Permohonan ke prasekolah KPM boleh dilakukan secara atas talian di https://eprasekolah.moe.gov.my/

Bagi pengguna yang baru menggunakan sistem ini, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif. Jika tidak tahu cara untuk mendaftar sila rujuk sini


Tarikh-Tarikh Penting Permohonan PraSekolah



  1. Permohonan online dibuka : 1 Mac 2019

  2. Permohonan online ditutup : 30 April 2019

  3. Permohonan manual melalui sekolah dibuka : 1 Mac 2019

  4. Permohonan manual melalui sekolah ditutup : 31 Mei 2019

  5. Semak keputusan permohonan : 5 Ogos 2019

  6. Rayuan jika tidak berjaya: 5 Ogos - 20 Ogos 2019

  7. Semak keputusan rayuan: 10 September 2019

Semoga perkongsian tentang Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM 2020 memberi ifomasi kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Previous Post Next Post