Info InfoKPM PT3 

Pemerkasaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Mulai 2020

Pemerkasaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Mulai 2020. PT3 ialah Pentaksiran Pusat (PP) yang dilaksanakan secara perkongsian akauntabiliti antara Lembaga Peperiksaan (LP) dengan pihak sekolah.

Pemerkasaan PT3

Pemerkasaan PT3 ialah proses memperkasakan sekolah dalam aspek pentaksiran dan sebagai langkah memperkukuhkan pelaksanaan pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Langkah ini merupakan antara usaha KPM mempertingkatkan profesion keguruan dan mengiktiraf kepakaran dan peranan guru dalam bidang pentaksiran.

Pemerkasaan PT3 akan dilaksanakan mulai tahun 2020 melalui 2 kaedah itu mengekalkan PP sedia ada yang melibatkan 5 mata pelajaran dan Pentaksiran Sumatif peringkat menengah rendah kendalian sekolah bagi 18 mata pelajaran yang lain.

Muat turun brochure Pemerkasaan P3 di sini

Boleh baca maklumat tentang Pemerkasaan PT3 di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana Pemerkasaan PT akan dilaksanakan.

Semoga perkongsian tentang Pemerkasaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Mulai 2020 dapat memberi infomasi yang jelas kepada para guru.

Sumber: KPM

Untuk maklumat cepat dan pantas, subscribe channel terbaru kami t.me/cikgupress

Related posts

Leave a Comment

Don`t copy text!