Panduan Pentaksiran Lisan KSSM Bahasa Arab Tingkatan 3

Pentaksiran Lisan Bahasa Arab (PLBA) merupakan salah satu komponen yang wajib dilaksanakan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi murid yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab. PLBA adalah sebahagian daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran KSSM Bahasa Arab yang dilaksanakan secara berterusan dalam proses

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab. Melalui pentaksiran ini, murid ditaksir dari aspek kemahiran mendengar dan bertutur. Skor keseluruhan murid hendaklah dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) yang mewakili wajaran 20% daripada skor keseluruhan PT3 Bahasa Arab. Buku Panduan PLBA ini disusun untuk membantu guru sewaktu menjalankan tugas mentaksir murid bagi tujuan pelaporan dalam PT3.

Objektif Pentaksiran Lisan KSSM Bahasa Arab

Objektif pentaksiran ini bagi mentaksir kebolehan murid dalam mempamerkan aspek berikut:

  • Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan berdasarkan tema yang telah ditentukan serta dapat memberi respons yang betul.
  • Bertutur dalam pelbagai konteks berdasarkan tema yang telah ditetapkan melalui penggunaan perkataan, frasa, ayat dan perenggan yang betul.

Pelaksanaan Pentaksiran

  • PLBA adalah sebahagian daripada proses PBD yang dilaksanakan secara berterusan dalam PdP mata pelajaran Bahasa Arab.
  • PLBA hendaklah dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab tingkatan 3 bagi kelas yang berkenaan.
  • PLBA adalah wajib bagi semua calon PT3 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab.
  • Tatacara pelaksanaan PLBA ini hendaklah dimaklumkan secara jelas kepada semua calon PT3.
  • PLBA boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan mengikut kesesuaian dan keperluan tajuk walau bagaimanapun tahap penguasaan ditentukan mengikut individu.
  • Guru mata pelajaran hendaklah merekodkan perkembangan setiap murid dalam PLBA dari semasa ke semasa.
  • Penjaminan kualiti atau moderasi perlu dijalankan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dengan dibantu oleh ketua Panitia mengikut prosedur yang ditetapkan (Lampiran 1).
  • Guru mata pelajaran perlu melengkapkan Borang Pentaksiran Keseluruhan untuk disemak oleh GKMP dan seterusnya disahkan oleh Pengetua (Lampiran 2).
  • Setiausaha Peperiksaan hendaklah memasukkan skor keseluruhan murid dalam Aplikasi PT3 yang disediakan oleh LP mengikut tarikh yang ditetapkan.

Muat turun Panduan Pentaksiran Lisan KSSM Bahasa Arab Tingkatan 3 yang telah dimuat naik oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Download SINI

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Don`t copy text!