Muat Turun Template myPortfolio Semua Jawatan Di Sekolah

myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:

  1. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  2. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  3. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  4. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

Panduan ini memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

My portfolio ini dengan kata lainnya ialah gantian kepada manual prosedur kerja dan fail meja. Hanya isi templat yang disediakan dan tukar carta organisasi kepada carta organisasi milik sekolah kita.

Dikongsikan bahan-bahan mayPortfolio untuk semua perjawatan di peringkat sekolah Rendah dan Menengah. Bahan dalam folder yang berzip..Unzip untuk membuka file tersebut.

  1. myPortfolio Pengetua/Guru Besar
  2. myPortfolio PK Pentadbiran
  3. myPortfolio PK Hal Ehwal Murid
  4. myPortfolio PK Ko Kurikulum
  5. myPortfolio PK Petang
  6. myPortfolio PK Pendidikan Khas
  7. myPortfolio PK Tingkatan 6
  8. myPortfolio Guru Kaunseling
  9. myPortfolio Guru Media
  10. myPortfolio Guru Kanan Matapelajaran/Ketua Panitia
  11. myPortfolio Guru Akademik Biasa
  12. myPortfolio PK Sukan
  13. myPortfolio AKP

Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsi.

Sumber: Internet, telegram, whatsapp

Rujukan: mampu.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.