Info M10MP 

Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP)

Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP). M10MP ialah set aktiviti unpack curriculum yang dibangunkan bagi membudayakan pem­belajaran abad ke-21 dalam kalang­an guru dan murid sekolah. Pelaksanaan modul ini merupakan satu daripada medium bagi menjayakan program penjenamaan Isnin Hari Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pen­didikan dengan kerjasama Utusan Malaysia bermula Januari 2017.

Sebanyak 42 aktiviti yang merentas subjek dan tahap persekolahan – rendah dan menengah dibangunkan untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran sekolah mengikut tema yang boleh disesuaikan dengan hari perayaan atau acara tertentu se­perti Minggu Sains, Keusahawanan, Alam Sekitar, Hari Orang Kelainan Upaya dan sebagainya sewaktu perhimpunan mingguan dalam tempoh 10 minit.

Modul ini sebagai pencetus dalam mewujudkan elemen keseronokan kepada murid bagi mengikuti PAK21 di samping menyediakan persekitaran yang menyokong keperluan mereka untuk melaksanakannya. PAK21 yang berfokuskan murid ini menerapkan nilai murni, memberi peluang mereka mengembangkan potensi diri dan menjadi pemikir, mengaplikasi dan mencipta melalui tugasan berasaskan projek di samping menggalakkan mereka berdamping dengan masyarakat setempat.

Aktiviti mingguan dan panduan lengkap berserta skrip disediakan bagi memudahkan guru mengaplikasikan modul ini. Antara aktiviti termasuklah gerak kerja serentak, lakon pe­ranan, persembahan, pertandingan dan simulasi agar dapat memberikan impak positif yang berkekalan kepada semua murid secara inklusif tanpa mengira latar belakang sosial, tahap kognitif, aliran perdana atau pendidikan khas dan juga orang Asli.

Objektif Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP)

Objektif modul berkenaan adalah untuk merangsang PAK-21 secara bertema pada setiap minggu semasa perhimpunan sekolah. Pada majlis berkenaan, murid-murid, guru dan tetamu kehormat turut menjayakan aktiviti pembelajaran bahasa isyarat yang merupakan salah satu daripada 42 modul akan disiarkan dalam Utusan Pelajar yang diterbitkan setiap Isnin

Konsep Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP)

Keistimewaan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP)

  • Dikendalikan dalam tempoh 10-15 minit sahaja tanpa mengganggu acara perhimpunan.
  • Aktiviti berpusatkan murid iaitu murid sebagai fasilitator yang akan mengendalikan slot selama 10 minit itu dan mengawal penonton.
  • Aktiviti mencetus dan merangsang pemikiran murid.
  • Aktiviti bukan sahaja menyeronokkan tetapi memberikan maklumat berguna kepada semua.
  • Disediakan panduan dan skrip untuk membantu guru melaksanakan modul ini.
  • Disediakan Sudut PAK21 untuk mendokumentasikan aktiviti Modul 10 Minit.
  • Perhimpunan yang membawa kepada penarafan bintang kepada pihak sekolah.
  • Unpack curriculum iaitu melaksanakan aktiviti berdasarkan tema tertentu dan boleh dipelbagaikan merentasi subjek dan tahap mengikut keupayaan latar belakang murid.

Budaya Berfikir dan Unpack Curriculum

Contoh Aktiviti Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) 2019

 

Tatacara Perhimpunan Sambil Menerapkan M10MP

Semoga perkongsian Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang pelaksanaan M10MP yang bakal dilaksanakan di sekolah-sekolah. Klik http://m10mp.ipgkik.edu.my/ untuk melihat modul Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP)

Untuk infomasi terbaru yang cepat dan pantas? Jangan lupa subscribe channel terbaru telegram kami https://t.me/cikgupress

Rujukan

  1. http://m10mp.ipgkik.edu.my/

Related posts

Leave a Comment

Don`t copy text!