Keputusan EgTukar Pada 12 November 2018

Semakan Keputusan egtukar Guru Sesi November 2018 – Permohonan pertukaran guru egtukar secara online hanya boleh dilakukan sekali dalam setahun iaitu pada bulan Mac. Tempoh sahlaku permohonan pertukaran guru adalah setahun untuk perpindahan pada bulan Jun, November dan Januari.

Menurut sumber dari pegawai di bahagian pertukaran guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui facebook menyatakan bahawa keputusan kelulusan pertukaran guru antara negeri boleh disemak mulai 12 November 2018. Manakala, semakan pertukaran dalam daerah dan antara daerah ialah pada 19 November 2018. Semakan keputusan diumumkan di portal rasmi egtukar.

Semoga berjaya kepada semua guru yang memohon pertukaran untuk sesi 2018. Pihak kami akan memaklumkan dengan lebih awal jika ada perubahan pada tarikh kelulusan pertukaran ini.

Semak Sini : https://epgo.moe.gov.my/

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.