Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran KPM Bilangan 9 Tahun 2024 yang bertarikh 21 Ogos 2024 memaklumkan berkenaan pelaksanaan surat akuan Ibu bapa/ Penjaga Untuk Kebenaran Rakaman Gambar, Video, Audio Murid Serta Memuat Naik Ke Laman Media Sosial bagi program anjuran institusi pendidikan di bawah KPM.
Berdasarkan surat siaran yang dikeluarkan, surat akuan ini memberikan kebenaran bagi rakaman gambar, video atau audio anak/ kanak-kanak jagaan mereka semasa program dijalankan. Surat akuan ini juga membenarkan rakaman gambar, video atau audio dimuat naik ke laman media sosial bahagian KPM, JPN, PPD dan/atau institusi pendidikan di bawah KPM.
Surat akaun yang dikeluarkan oleh KPM ini hanya sah digunakan dalam tempoh satu tahun sahaja dan perlu diisi semula oleh ibu bapa dan penjaga bagi tahun berikutnya.
Muat turun surat akuan Ibu bapa/ Penjaga Untuk Kebenaran Rakaman Gambar, Video, Audio Murid Serta Memuat Naik Ke Laman Media Sosial bagi program anjuran institusi pendidikan di bawah KPM melalui laman rasmi KPM atau melalui pautan di bawah
Sumber: KPM