AI (Artificial Intelligence) ialah kemampuan komputer atau mesin untuk meniru tingkah laku dan pemikiran manusia. Secara mudahnya, AI adalah teknologi yang membolehkan mesin “berfikir” dan “bertindak” seperti manusia. Contohnya, AI boleh membantu kita dalam banyak perkara seperti:
- Pembantu Maya (Virtual Assistant)
- Sistem Pengesanan Wajah
- Pemanduan Autonomi
- Terjemahan Bahasa
- Penghasilan teks dan visual
- Penghasilan audio
- Diagnosis perubatan
- Robotik dan automasi
- Analisis data dan lain-lain
Apa itu DELIMa?
DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia iaitu sebuah pelantar pembelajaran digital KPM yang diperkenalkan sejak 2019 dan dijenamakan sebagai DELIMa pada tahun 2020.
Senarai AI Tools Dalam DELIMa
Terdapat banyak aplikasi (tools) AI yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar dalam menerokai dunia AI. Bagi memudahkan kerja guru, KPM telah menyediakan aplikasi AI yang boleh diterokai dan digunakan oleh guru dalam pelantar DELIMa secara percuma.
Baca juga 16 Aplikasi Interaktif Dalam PAK21
Terdapat 16 AI Tools dalam pelantar DELIMa yang telah disenaraikan oleh KPM. Senarai tools ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa mengikut keperluan guru.Antara aplikasi AI yang ada dalam pelantar DELIMa ialah,
1. ChatGPT:
Aplikasi Al untuk analisis data, menjawab soalan, menulis esei, membuat cadangan, dan banyak lagi kegunaan
2. GEMINI AI:
Aplikasi Al untuk analisis data, membuat kuiz, menulis artikel, membuat research dan lain-lain tugasan, atau penciptaan kandungan berasaskan Al
3. Conker AI:
Aplikasi Al untuk membantu dalam penciptaan kuiz dan bahan pendidikan secara automatik berdasarkan kandungan pembelajaran yang disediakan oleh pengguna
4. Perplexity:
Aplikasi Al digunakan untuk menjawab soalan, membuat rumusan, terjemahan teks dan sebagainya dengan maklumat yang ringkas, tepat dan relevan dengan soalan yang diberikan
Tanya Buku:
Aplikasi yang menggunakan AI untuk membantu pengguna mencari buku, memberikan ulasan, dan cadangan pembacaan berdasarkan minat pengguna
Notebook LM:
Aplikasi Al untuk meringkas, menganalisis, dan mengelola dokumen dengan lebih efisien
MS Copilot:
Aplikasi Al yang membantu pengguna dalam menulis, menganalisis data, dan mencipta kandungan dengan lebih pantas dan cekap
Bing Image Creator:
Aplikasi Al untuk menghasilkan imej berdasarkan deskripsi teks atau arahan tertentu (prompt)
Pixlr - AI Image Generator:
Aplikasi Al untuk untuk memudahkan penciptaan dan pengeditan imej
Claude AI:
Aplikasi Al untuk pelbagai tujuan seperti menjawab pertanyaan, terjemah teks, menulis konten, menyemak dokumen dan sebagainya
SUNO AI:
Aplikasi Al yang digunakan untuk mencipta kandungan audio berdasarkan deskripsi teks atau input audio
ISTE: Artificial Intelligence in Education:
Organisasi yang mempromosikan penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan menyokong pendidik dalam menerapkan teknologi AI untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran.
MS Learn:
Platform pembelajaran dalam talian daripada Microsoft yang menawarkan kursus dan bahan pembelajaran untuk pelbagai topik, termasuk teknologi AI, pembangunan perisian, dan sebagainya
Khan Academy: AI for Education:
Menawarkan pengalaman pembelajaran bagi pelajar menggunakan AI yang dapat menyesuaikan kandungan dan tugasan mengikut keperluan individu pelajar
AI 101 For Teacher:
Kursus yang direka untuk pendidik yang ingin mempelajari asas-asas tentang AI dan cara penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Intro to Generative AI:
Sumber pembelajaran yang memberikan pengenalan kepada konsep generatif AI, mencipta kandungan baru, dari teks hingga imej, berdasarkan corak dan data yang dilatih
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar dalam menerokai AI. Jangan lupa share ya.