Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan ijazah sarjana muda tanpa pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) tahun 2024.
Tarikh Permohonan
Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) tahun 2024 dibuka bermula pada 14 Mac hinga 15 April 2024
Calon yang layak memohon:
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari universiti awam yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Cara membuat permohonan
Permohonan dan maklumat lanjut berkaitan dengan program yang ditawarkan boleh dilihat menerusi https://mypdpp.moe.gov.my
Sumber: KPM