Sambutan Hari Kemerdekaan (Kebangsaan) dan Hari Malaysia pada tahun 2023 bertemakan 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'
Rasional Logo Hari Kebangsaan 2023
Loga Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi hari kebangsaan pada tahun ini kerana reka bentuk logo yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik "tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar rukun Negara"
Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.
Jalur
Melambangkan lima jari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang mendasari ideologi Malaysia
Bulan Sabit
Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
Bintang
Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)
Bulatan
Dalam lingkungan warna biru melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat
Warna kuning
Pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negara ini dinaungi oleh Raja Berperlembagaan
Warna Merah
Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara
Warna Biru
Mendasari apresiasi jalinan budaya perpaduan nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
Warna Putih
Tanda keikhlasan dan keamanan sebuah negara bangsa yang merdeka
Warna Hitam
Keyakinan rakyat terhadap kemajuan kehidupan dalam citra Malaysia yang unik
Info Berkaitan Logo dan Tema Hari Kebangsaan
Muat turun maklumat dan info berkaitan tema yang dipilih pada tahun ini menerusi laman rasmi Jabatan Penerangan Malaysia
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia