Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024

 

rayuan upu

Berdasarkan makluman oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui laman rasmi facebook, permohonan Rayuan UPUOnline® bagi lepasan SPM sesi akademik 2023/2024 boleh dibuat mulai hari ini jam 12:00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang. 

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my

Kenyataan media boleh di akses di pautan: KLIK SINI

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi 

Previous Post Next Post