Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia 2024

Permohonan Murid Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia/Program Pendidikan Seni (SSeM/PPS) Ambilan Tahun 2024 mulai 3 Julai hingga 15 September 2023
Admin

 

ssem 2024

Permohonan Murid Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia/Program Pendidikan Seni (SSeM/PPS) Ambilan Tahun 2024 Secara Dalam Talian telah dibuka untuk permohonan.

Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka mulai 3 Julai hingga 15 September 2023 

Cara untuk memohon

Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia boleh dilakukan melalui pautan https://essem.moe.gov.my

Murid-murid tahun 6 sesi 2023/2024 yang mempunyai bakat dan minat dalam bidang seni dipelawa untuk memohon kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia.

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  • Sihat tubuh badan
  • Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses

Syarat Kemasukan

  • Lulus Uji Bakat
  • Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  • Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  • Mengemukakan rekod kesihatan murid
  • Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Sumber: KPM


Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.