Setiap tahun pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi menyambut bulan kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.
Sambutan kemerdekaan ini dianjurkan bagi memperingati sejarah pahit getir negara ini untuk bebas dari penjajah. Selain itu, sambutan kemerdekaan di anjurkan di sekolah-sekolah bagi mendedahkan generasi muda tentang semangat kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan bebas.Baca Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2023
Kemerdekaan tidak akan diperolehi jika perpaduan antara kaum tidak wujud. Dengan menyambut hari kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan, kita dapat belajar pahit getir nenek moyang kita berjuang demi mempertahankan negara kita dari dijajah.
Dengan menghayati bulan kemerdekaan, kita dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia. Sempena bulan kemerdekaan ini, jangan kita biarkan anasir luar mengugat kedaulatan negara kita. Hayati dan semailah semangat cintakan kemerdekaan di dalam hati. Kuatkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.
Baca juga Cadangan Gimik Pelancaran Hari Kemerdekaan
Hari ini CikguPress nak kongsikan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan di sekolah bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah
Cadangan Pertandingan Bulan Kemerdekaan
- Pertandingan menyanyi lagu patriotik antara kelas
- Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan (mungkin boleh menggunakan borang biasa, mobile apps, google form, quizze dan lain-lain)
- Pertandingan mendeklamasi sajak
- Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan
- Pertandingan membuat blog hari kemerdekaan (blogspot, wordpress dan lain-lain)
- Pertandingan mewarna
- Pertandingan memasak makanan tradisional
- Pertandingan menulis esei hari kemerdekaan atau tokoh kemerdekaan
- Pertandingan membina replika/tugu kebangsaan dengan bahan terbuang
- Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan gunakan pelbagai aplikasi telefon dan lain-lain
- Pertandingan "selfie" sempena Hari Kebangsaan
- Pertandingan teka silang kata
- Pertandingan tarian tradisional atau warisan tradisional (kuda kepang, dikir barat dan lain-lain)
- Pertandingan permainan tradisional (wau, gasing, congkak, batu seremban dan lain-lain)
- Pertandingan melukis kartun atau karikatur tokoh merdeka
- Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan
- Pertandingan mencipta doodle hari kemerdekaan
- Pertandingan melukis batik
- Pertandingan pakaian bertema hari kebangsaan
- Pertandingan mencipta lagu hari kebangsaan
- Pertandingan fotografi
- Pertandingan Reel facebook atau tiktok
- Pertandingan berpantun hari kemerdekaan dan hari kebangsaan
- Pertandingan membuat dan menghias roket air sempena kemerdekaan
- Pertandingan menghias basikal bertemakan hari kebangsaan
Cadangan Aktiviti Bulan Kemerdekaan
- Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan
- Menghias kelas sempena Hari Kebangsaan
- Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
- Membuat portfolio sejarah kemerdekaan
- Melukis gambar tokoh kemerdekaan
- Larian kemerdekaan / hari kebangsaan
- Konvoi merdeka
- Kibarkan jalur gemilang
- Pameran sejarah
- Hasilkan sudut patriotik di dalam kelas
- Bicara spontan Hari Kebangsaan dalam kelas
- Ceramah bulan kemerdekaan
- Ceramah tokoh-tokoh kemerdekaan
- Lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti muzium atau bangunan bersejarah
- Laungan merdeka
- Membina replika atau tugu kebangsaan
- Tayangan video sempena kemerdekaan
- Memakai pakaian tradisional
- Menggantung atau menghasilkan kain rentang kemerdekaan
- Gotong royong sempena hari kebangsaan
- Pelancaran Hari Kemerdekaan
- Perarakkan Hari Kemerdekaan secara berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya
- Majlis penutup hari kemerdekaan dan hari kebangsaan
Semoga perkongsian ini memberi infomasi dan maklumat kepada sekolah-sekolah dalam merancang program sempena hari kemerdekaan. Siapa lagi yang ingin menanam sikap patriotisme di kalangan pelajar jika bukan guru kan? Jom semai semangat kemerdekaan dalam diri pelajar kita. Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Kebangsaan.
Jangan lupa kongsikan aktiviti di sekolah cikgu2 ya..