Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan PISMP 2023

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2023
Admin
biasiswa pismp 2023


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal ePenawaran membuka permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2023. 

Permohonan biasiswa ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

Cara membuat permohonan

Permohonan biasiswa perguruan persekutuan perlu dilakuan secara dalam talian (online) melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm mulai 24 Mac 2023 (Jumaat), pukul 3:00 petang hingga 21 April 2023 (Jumaat), pukul 5:00 petang.

Permohonan yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan. Pemohon dimohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.

Pemohon adalah diingatkan untuk mengisi permohonan baharu (bagi calon yang pernah memohon terdahulu) membaca dan memahami syarat dan panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.

Kesilapan mengisi maklumat permohonan secara dalam talian termasuk  kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak

Sumber: KPM

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.