Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman rasmi telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) bilangan 3 tahun 2023 berkaitan dengan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mulai sesi akademik 2022/2023.
SPI yang dikeluarkan oleh KPM yang bertarikh 9 Januari 2023 ini bertujuan memaklumkan berkenaan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai sesi akademik 2022/2023.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS ialah dasark pentaksiran yang menyeluruh tentang pencapaian dan perkembangan pembelajaran murid merangkumi empat komponen pentaksiran iaitu
- Pentaksiran Pusat (PP)
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Muat turun SPI KPM Bil. 3 Tahun 2023 berkenaan dengan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk rujukan pihak sekolah Download
Sumber: KPM