Sumber: BERNAMA
Sambutan Hari Kemerdekaan (Kebangsaan) dan Hari Malaysia pada tahun 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama selari dengan konsep keharmonian yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Pemilihan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkonsepkan pembangunan negara dalam aspek infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan untuk kemudahan rakyat di negara ini.
Berikut adalah Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 yang akan disambut pada 31 Ogos 2022 sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Tema Hari Kebangsaan 2022
Tema Sambutan pada tahun ini ialah Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Keluarga Malaysia : Merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran
Teguh Bersama : Kekuatan dan kesepaduan dicapai secara kolektif serta mampan
Logo Hari Kebangsaan 2022
Rasional Logo Hari Kebangsaan 2022
Sumber: BERNAMA