PLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah.
PLan merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3.
Objektif PLaN
Objektif PLaN adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Fokus Aktiviti PLaN
Fokus Aktiviti PLaN adalah seperti berikut:
- Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
- Komuniti pembelajaran guru yang aktif
- Penyediaan bahan pentaksiran yang memenuhi keperluan murid
- Pemantapan pengurusan pentadbir sekolah
- Penetapan sasaran pencapaian murid
- Kempen Kesedaran Ibu Bapa / Penjaga / Komuniti
Impak Positif PLaN
Impak positif melalui Program ini adalah seperti berikut:
- Peningkatan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
- Murid lebih seronok untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu yang lain
- Membina keyakinan diri murid untuk belajar dan berkomunikasi dengan berkesan
Peranan Ibu Bapa/ Penjaga dan Kouminiti Dalam PLaN
Modul PLaN
Muat turun Modul PLaN:
- PLaN Literasi: http://bit.ly/molib-literasi2
- PLaN Numerasi: http://bit.ly/molib-numerasi