Permohonan kemasukan ke tingkatan 6 sekolah berasrama penuh tahun 2022 di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan SM Agama Persekutuan Labu telah dibuka bermula 22 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.
Syarat Permohonan
- Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya gred C.
- Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Arab sekurang-kurangnya gred C.
- Memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan;
- Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik.
- Umur calon tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan kemasukan ke tingkatan 6 di Kolej Islam Sultan Alam Shah SM Agama Persekutuan Labu boleh dilakukan secara online melalui pautan ini http://moe.bpsbp.edu.my/PERMOHONANT6SBP2022
Sebelum membuat permohonan, pastikan calon,
- Pastikan calon mempunyai akaun gmail sebelum membuat permohonan.
- Ruangan yang bertanda (*) adalah wajib diisi.
- Sila baca dengan teliti sebelum mengisi maklumat yang diminta.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses.
- Calon SPM 2021 boleh mengisi permohonan pada 22 Jun 2022 selepas keputusan SPM 2022 diumumkan.
- Tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2022.
Makluman dan perhatian
- Calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu dan;
- Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu akan dihantar kepada calon yang berjaya melalui email yang diberikan.
- Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan dan dihantar ke email pengarah.bpsbp@moe.gov.my bermula 4 Julai 2022 hingga 18 Julai 2022
** Sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan tingkatan enam.
Portal Rasmi
https://www.mpm.edu.my/
Sumber: KPM