Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Program Penajaan Khas bagi pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa dalam bidang Ekonomi, Polisi Awam, Tadbir Urus dan Pengurusan Bencana di Universiti Meiji, Jepun.
Cara membuat permohonan
Permohonan program penajaan khas boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://esilav2.jpa.gov.my Visit Link bermula 13 April hingga 20 Mei 2022 dan mengemukakannya kepada Jabatan ini melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia masing-masing selewat-lewatnya pada 27 Mei 2022.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari https://esilav2.jpa.gov.my/ Visit Link
Sumber: JPA