Semakan keputusan pertukaran antara bahagian/antara negeri serta pertukaran antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Mac 2022 boleh disemak melalui modul pertukaran guru (eGtukar) pada 14 Mac 2022.
Keputusan penempatan antara bahagian/ negeri juga pada 14 Mac 2022.
Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah
- Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
- Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
- Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
- Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
- Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.
Semakan Pertukaran
Semakan permohonan pertukaran guru bagi sesi Mac 2022 boleh dilakukan melalui pautan epgo.moe.gov.my