Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022

KPM ingin memaklumkan bahawa pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang bakal memasuki Tahun 2 hingga Tingkatan 5 pada 21 Mac 2022
bap 2022


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang bakal memasuki Tahun 2 hingga Tingkatan 5 pada 21 Mac 2022 bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 akan dilaksanakan mulai 17 Januari 2022.

Oleh itu, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak untuk menerima bantuan tersebut. Sementara itu, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023, Kerajaan telah bersetuju meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini. Manfaat bantuan ini akan diterima oleh seramai 3 juta penerima BAP dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank. Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: KPM

Kenyataan Media BAP Download


Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.