Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Cadangan Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2021

hari kebangsaan 2021


Sekarang sudah bulan Ogos, sudah tentu kita tahu bahawa bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan yang akan disambut bagi memperingati detik-detik kemerdekaan negara kita daripada dibelenggu penjajah. 

Akibat penularan covid-19 ketika ini masih berada dalam fasa yang tidak menentu, sekolah masih diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), maka sambutan kemerdekaan setiap sekolah mungkin berbeza.

Walaupun kita masih berPdPR, sambutan bulan kemerdekaan masih boleh diteruskan dengan pelbagai cara dan kaedah yang sesuai supaya murid-murid dapat menghayati erti kemerdekaan.  

Sambutan kemerdekaan ini dianjurkan bagi memperingati sejarah pahit getir negara ini untuk bebas dari penjajah. Selain itu, sambutan kemerdekaan di anjurkan di sekolah-sekolah bagi mendedahkan generasi muda tentang semangat kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan bebas.



Kemerdekaan tidak akan diperolehi jika perpaduan antara kaum tidak wujud. Dengan menyambut hari kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan, kita dapat belajar pahit getir nenek moyang kita berjuang demi mempertahankan negara kita dari dijajah.

Dengan menghayati bulan kemerdekaan, kita dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia.  Sempena bulan kemerdekaan ini, jangan kita biarkan anasir luar mengugat kedaulatan negara kita. Hayati dan semailah semangat cintakan kemerdekaan di dalam hati. Kuatkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Hari ini CikguPress nak kongsi cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah semasa penularan covid-19


Cadangan Aktiviti Semasa Bulan Kemerdekaan 


  1. Sambutan kemerdekaan secara online menggunakan platform Google Meet, Zoom dan sebagainya
  2. Pertandingan menyanyi lagu patriotik melalui rakaman video dan upload ke media sosial seperti facebook, instagram, youtube dan sebagainya untuk tujuan penilaian juri
  3. Pertandingan mendeklamasi sajak melalui rakaman video dan upload video rakaman ke media sosial seperti facebook, instagram, youtube dan sebagainya untuk tujuan penilaian juri.
  4. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan (mungkin boleh menggunakan mobile apps, google form, quizze, wordwall dan lain-lain aplikasi)
  5. Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan seterusnya mengupload ke media sosial untuk proses penilaian juri 
  6. Pertandingan membuat blog hari kemerdekaan (blogspot, wordpress dan lain-lain)
  7. Pertandingan  mewarna hari kebangsaan 
  8. Pertandingan menulis esei hari kemerdekaan  atau tokoh kemerdekaan (hantar esei melalui emel untuk penilaian juri)
  9. Pertandingan membina replika/tugu kebangsaan dengan bahan terbuang di rumah (tangkap gambar tugu dan hantar untuk penilaian juri)
  10. Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan gunakan pelbagai aplikasi telefon dan lain-lain (video boleh dihantar melalui whatsapp, telegram dan sebagainya)
  11. Pertandingan melukis kartun atau karikatur tokoh merdeka (gambar dihantar melalui whatsapp/ telegram/ emel untuk penilaian juri)
  12. Pertandingan melukis doodle hari kemerdekaan (gambar dihantar melalui whatsapp/ telegram/ emel untuk penilaian juri)
  13. Pertandingan fotografi (gambar dihantar melalui whatsapp/ telegram/ emel untuk penilaian juri)
  14. Bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan secara live menggunakan Google Meet, Youtube live dan lain-lain
  15. Hasilkan bendera dari bahan terbuang di rumah seperti botol, tin dan kertas (gambar bendera dihantar melalui whatsapp/ telegram/ emel untuk penilaian juri)
  16. Melukis gambar tokoh kemerdekaan (gambar dihantar melalui whatsapp/ telegram/ emel untuk penilaian juri)
  17. Hias dan kibarkan jalur gemilang di rumah (gambar dihantar melalui whatsapp/ telegram/ emel untuk penilaian juri)
  18. Ceramah bulan kemerdekaan melalui Google Meet, Zoom dan sebagainya
  19. Ceramah tokoh-tokoh kemerdekaan melalui Google Meet, Zoom dan sebagainya
  20. Pelancaran Hari Kemerdekaan secara live melalui youtube live, google meet, zoom dan sebagainya


Semoga perkongsian ini memberi infomasi dan maklumat kepada sekolah-sekolah dalam merancang program sempena hari kemerdekaan secara norma baharu akibat penularan covid-19 ini. Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Kebangsaan.

Jangan lupa kongsikan aktiviti di sekolah cikgu2 ya..

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.