Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Tema Dan Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2021

Tema sambutan hari kemerdekaan dan kebangsaan 2021 iaitu Malaysia Prihatin dikekalkan seperti tahun lepas.

Sambutan Hari Kemerdekaan (Kebangsaan) dan Hari Malaysia pada tahun 2021 adalah bertemakan Malaysia Prihatin seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada 10 Julai 2021. 


Tema Malaysia Prihatin ini dikekalkan seperti tahun lepas (2020). Sambutan rasmi juga akan diadakan secara sederhana dalam norma baharu seperti tahun lepas


Berikut adalah Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 yang akan disambut pada 31 Ogos 2021 sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


Tema Hari Kebangsaan 2021: Malaysia Prihatin


Tema Sambutan  pada tahun ini ialah Malaysia Prihatin. 


Malaysia membawa pengertian  bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik Covid-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.


Prihatin mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia. 

Logo Hari Kebangsaan 2021




Rasional Logo Hari Kebangsaan 2021

  • Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum
  • Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni
  • Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
  • Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan
  • 7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan
  • Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
  • 5 Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa

logo malaysia prihatin





Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia


Untuk maklumat pantas, sila join telegram terbaru Cikgu Press https://t.me/cikgupress

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.