Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Tarikh Permohonan dibuka dan ditutup
Permohonan Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan dibuka mulai 16 Julai 2021 dan tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Julai 2021
[Baca] Pengambilan Khas PISMP Tahun 2021
Syarat dan Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: (Bahasa Melayu, Sejarah; dan Bahasa Inggeris)
- Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan. (Lampiran A)
Bidang Pengkhususan Pengambilan Khas
A. Sekolah Kebangsaan (SK)
- Pendidikan Muzik (SK)
- Pendidikan Islam (SK/SJKC/SJKT)
- Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) (SK)
- Sains Pendidikan Rendah (SK)
B. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC)
- Bimbingan Dan Kaunseling (SJKC)
- Matematik Pendidikan Rendah (SJKC)
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKC)
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKC)
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKC)
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKC)
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKC)
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKC)
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKC)
- Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKC)
- Sains Pendidikan Rendah (SJKC)
- Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC) -Tahap Satu
Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Cina diperingkat SPM
C. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SJKT)
- Bimbingan Dan Kaunseling (SJKT)
- Matematik Pendidikan Rendah (SJKT)
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKT)
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKT)
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKT)
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKT)
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKT)
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKT)
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKT)
- Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT)
- Sains Pendidikan Rendah (SJKT)
- Sejarah Pendidikan Rendah (SJKT)
Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Tamil
diperingkat SPM
Cara Membuat Permohonan
- Iklan pengambilan khas PISMP Fasa 2 hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Julai 2020. Manakala permohonan boleh mula dibuka mulai 16 hingga 22 Julai 2021.
- Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Sumber: KPM