Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan 2021. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan jadual pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021 untuk rujukan semua penjawat awam di semua agensi kerajaan.
Jadual pembayaran emolumen bagi tahun 2021 memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari serta catatan nama atau hari perayaan untuk setiap bulan (jika ada).
Jadual dan tarikh pembayaran emolumen atau gaji bagi penjawat awam ini tertakluk kepada Pindaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca terutamanya kakitangan awam.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pembayaran emolumen bolehlah melayari laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara.