Download Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (2021). Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan takwim persekolahan 2021, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Penjajaran kurikulum ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
Sebagai rujukan dan panduan kepada sekolah dan guru, Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 boleh dimuat turun melalui laman rasmi BPK melalui pautan di bawah.
- Penjajaran Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP)
- Penjajaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
- Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
- Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017