Buku Teks Sekolah Versi Digital. Sesi persekolahan 2021 yang akan dibuka bermula 20 Januari 2021 semasa beberapa negeri sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak lagi berdepan dengan masalah dengan penggunaan buku teks walaupun proses PdP dijalankan secara atas talian dengan adanya platform eTextbook Reader.
Baca Buku Teks Sekolah Versi Digital di DELIMa
KPM eTextbook Reader
Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) telah membangunkan aplikasi KPM eTextbook Reader bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital. Aplikasi ini memberi peluang kepada murid untuk mengakses buku teks digital menggunakan pelbagai peranti - Sumber: Astro Awani
Aplikasi KPM eTextbook Reader boleh didapati secara percuma melalui
- Laman sesawang www.textbook.moe.gov.my
- Google Play Store - KPM eTextbook Reader
- Apple App Store - KPM eTextbook Reader.