Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme

Pihak KPM telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan DLP yang ditambahbaik bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan
Admin

dual language programme

Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP). Pelaksanaan  DLP telah mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara Bil 21/2015 bertarikh 13 Oktober 2015. DLP merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi subjek STEM.

Mesyuarat profesional KPM bil 25/2020 bertarikh 4 Ogos 2020 telah memutuskan bahawa satu garis panduan baharu DLP hendaklah disediakan untuk pelaksanaan DLP bermula pada tahun 2021. Penambahbaikan ini merangkumi pembukaan semula tawaran atau permohonan DLP kepada semua sekolah di bawah KPM.

Pihak KPM telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan DLP yang ditambahbaik bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Pihak sekolah boleh memuat turun Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme melalui pautan di bawah atau melayari laman web rasmi KPM

Sumber: KPM

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.