Pemakluman tentang kesahihan surat yang tersebar telah disahkan oleh pihak KPM melalui portal rasmi KPM pada petang tadi. Surat Arahan Kepada Guru Kembali Ke Tempat Bertugas adalah sahih.
Pemakluman mengenai arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas ini boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau di pautan berikut
Sehubungan dengan itu, semua guru dikehendaki berada di tempat bertugas masing-masing dan bersedia untuk bertugas setelah tamat cuti pertengahan tahun pada 7 Jun 2020 (kumpulan A) dan 8 Jun 2020 (kumpulan B)
Surat arahan kepada guru untuk kembali bertugas boleh dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing
untuk memaklumkan kepada guru berkenaan bahawa mereka perlu kembali ke tempat bertugas.
Walaupun sekolah belum dibuka, namun guru-guru perlu berada di tempat bertugas untuk persediaan dipanggil kembali bertugas.