Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan ini, guru-guru bolehlah menyelesaikan kursus secara online dalam modul Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Kursus online ini dapat membantu semua guru dan pegawai mencukupkan jam kredit kursus SPLKPM bagi tahun 2020
Baca Cara daftar aktiviti pembelajaran kendiri SPLKPM
Kursus online ini sangat mudah untuk diselesaikan dan boleh direkod sebagai aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dalam modul SPLKPM.
Selepas guru-guru menyelesaikan kursus online ini, sijil akan diberikan dalam bentuk digital (PDF) sebagai bukti guru-guru telah menyelesaikan kursus tersebut. Terdapat 3 kursus yang boleh guru-guru dan pegawai selesaikan sempena PKP ini
Senarai Kursus Online Sebagai LDP / PPB/ Pembelajaran Kendiri
Kursus 1 - Hemah Bicara Hemat Belanja (6 jam kredit)
Kursus 2 - Rumahku
Kursus 3 - Covid19
Contoh sijil yang akan diperolehi
Semoga perkongsian ini membantu semua guru untuk menambah jam kredit dalam modul SPLKPM.