Pada masa ini, demensi pendidikan banyak menekankan pembelajaran abad ke-21 atau PAK21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam kelas. Namun, sejauh mana kesediaan dan pemahaman guru-guru dalam menyediakan persekitaran PAK21 di dalam kelas?
Apa itu pembelajaran ke-21
Pembelajaran PAK21 ialah satu proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika atau dalam bahasa Inggeris A learning process that focuses on a student-centred approach based on elements of communication, collaboration, critical thinking, creativity, and values and ethical applications - KPM
Senario pengajaran guru kebanyakkan masih bersifat tradisional tanpa menerapkan unsur PAK21. PAK21 sebenarnya bukan berkisarkan kepada penggunaan teknologi di dalam kelas sahaja tetapi penglibatan murid di dalam kelas diambil kira. Penggunaan teknologi hanyalah sebagai alat untuk
menerapkan unsur PAK21.
Muat turun Info Pembelajaran Abad Ke-21 dengan KLIK di sini
Terdapat 5 standard asas dalam PAK21 merangkumi aspek komunikasi, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kreatif serta nilai murni dan etika.
- KOMUNIKASI: Berlaku interaksi antara gurumurid, murid-murid dan muridbahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.
- KOLABORATIF: Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.
- PEMIKIRAN KRITIS: Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
- KREATIVITI: Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.
- NILAI MURNI DAN ETIKA: Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.
Baca Contoh Aktiviti PAK21
Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet, perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT dalam bilik darjah. Sebenarnya Pembelajaran Abad ke-21 bermaksud guru menggunakan kaedah PdP berpusatkan murid (student-centred) serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid - Majalah Pendidik, 2016
Rujukan
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Jabatan Pendidikan Negeri Kedah