Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal www.moe.gov.my menyatakan bahawa KPM telah menerima tawaran biasiswa daripada International School of Education (ISE), Viet Nam Maritime University (VMU) melalui pihak Kedutaan Besar Malaysia di Viet Nam.
Tawaran biasiswa ini ditawarkan di peringkat ijazah sarjana muda sesi 2019/2020 kepada pelajar Malaysia bagi tempoh empat (4) tahun seperti butiran berikut:
- 100% tajaan biasiswa (yuran pengajian dan kolej kediaman) bagi 2 pelajar;
- 50% tajaan biasiswa (yuran pengajian) bagi 2 pelajar; dan
- 30% tajaan biasiswa (yuran pengajian) adalah tidak terhad.
- Global Studies and Maritime Affairs (GMA);
- International Business and Logistics (IBL); and
- Business Management and Marketing (BMM)
Tarikh tutup permohoanan adalah sebelum atau pada 30 Julai 2019. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa tersebut boleh diajukan kepada pegawai daripada Bahagian Antarabangsa, VMU seperti butiran berikut:
Nama : Ms. Trang
Emel : trang.ise@vimaru.edu.vn
Telefon : +84-2253261999 / +84-934661104
Laman web : http://eng.vimaru.edu.vn/
Muat turun borang permohonan di SINI
Sumber: KPM