Pada 14 Januari 2019, berlangsungnya Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia iaitu Dr. Maszlee Malik. Menerusi majlis itu, Menteri Pendidikan telah menyenaraikan beberapa inisiatif dan intervensi yang diambil bagi mengurangkan beban tugas guru.
Salah satu daripada inisiatif yang disampaikan ialah pengisian Buku Jadual Kedatangan Murid tidak lagi akan digunakan dan APDM akan digunakan sepenuhnya untuk merekod kehadiran murid.
Sehubungan dengan itu KPM, telah memutuskan mulai tahun 2019, semua rekod kehadiran murid di sekolah hendaklah direkodkan oleh guru kelas dengan menggunakan Sistem Kehadiran Murid. Ini bermakna sekolah tidak perlu lagi merekodkan kehadiran murid di dalam jadual kedatangan murid (JKM).
Pihak sekolah yang terlibat bolehlah memuat turun surat pekeliling ikhtisas KPM Bilangan 1, tahun 2019 iaitu Panduan Pengurusan Rekod Murid di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Downlod sini
Sumber: KPM