Maklumat murid perlu dikemaskini setiap tahun oleh ibubapa. Maklumat murid perlu dikemaskini setiap tahun bagi memastikan maklumat yang disimpan oleh pihak sekolah adalah yang terkini terutamanya nombor telefon waris, pendapatan dan sebagainya.
Kemaskini pendapatan adalah sangat penting bagi tujuan bantuan kepada murid-murid yang layak. Bagi memudahkan ibubapa, guru dan sekolah, bolehlah muat turun borang maklumat murid dalam format excel. Melalui borang berformat excel ini, ibubapa tidak perlu lagi menulis. Taip dan print sahaja.
Jika ada perubahan setiap tahun, ibubapa hanya perlu edit yang mana dirasakan perlu sahaja. Terima kasih yang berkongsi borang excel ini.
Sumber: Fuad Latip