Guru sains perlu menguasai cara untuk menanda dan memberi markah apabila memeriksa kertas sains pelajar. Penandaan yang betul membantu pelajar untuk mendapat markah. Di sini saya kongsikan, cara penandaan kertas 2 sains dan maksud kepada simbol-simbol semasa membuat penandaan.
Apabila jawapan/ kenyataan betul maka:
- Gariskan kata kunci yang berkenaan.
- Tuliskan nombor (l) (4) poin (jika berkenaan).
- Tandakan ( / ) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.
Apabila jawapan/ kenyataan salah, maka: -
- Kurungkan ( )
- Tandakan pangkah( X) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.
Apabila jawapan tertinggal/ tidak lengkap/ tidak jawab.
- Buat tanda Landai
- Tandakan pangkah( X) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.
Mengulang jawapan penyataan yang betul dan sudah diberi markah
- Tulis gv/given
- Tandakan pangkah( X) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.
Jawapan kurang jelas tetapi hampir tepat
- Beri B.O.D (Benefit of Doubt)
- Tandakan ( / ) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.
- Syarat: Jangan diberi sewenangwenangnya. B. O.D.
- Tidak boleh lebih 2 kali setiap calon.
Untuk format penandaan yang lain-lain bolehlah rujuk gambar di bawah sebagai panduan kepada guru semasa membuat penandaan kertas soalan sains.
Peratusan markah sains akan diperolehi dengan jumlah menambah kertas 1 dan kertas 2. Di bawah adalah sifir untuk mendapatkan peratusan markah sains tambah membuat pengiraan.